Sunday, 6 November 2011

Dia Jodohku (BAB3)

Suasana di hospital menjadi hening sekali , sekali sekala terdengar tangisan

anak-anak Hannah, puas sudah Suhaili dan Athirah memujuk mereka, namun

masih terdengar sisa tangisan mereka.

" Sue tak nak telephon Mak Minah dan Pak Mail ke?" soal Athirah

" entahlah Ira , Sue tak tahu apa nak bagitahu kat mak dan abah Sue

tentang perkara nie , dengan kes Sue yang tak selesai lagi ,

timbul pulak kes abang Izz" ujur Suhaili yang membelai

rambut Dahlia itu. Fahmi dan Zakri hanya mampu mendengar sahaja ,

" Sue, betul cakpa Athirah itu , Sue kena bagitahu

keluarga Sue tentang perkara ini " ujur Zakri.

Fahmi dan Athirah disitu juga bersetuju dengan cadangan Zakri itu,

dengan berat hati Suhaili terus menelephone keluarganya

dikampung untuk memberitahu perkara ini


" hello, sapa sana" tanya Alif adik bongsu Suhaili

" Kakak Sue nie, mak dengan abah tak Alif?" soal Suhaili kembali

" ada apa akak telephone nie, akak tahu tak semalaman abah tak boleh tidur

bila keluarga abang Khai datang putus pertunangan akak, keluarga Khai kata

akak nie sudah tiada maruah lagi ,sanggup tidur dengan jantan lain untuk

mendapat duit" ujur Alif dengan panjang lebar, tergaman Suhaili mendengar

kata-kata Alif itu, tanpa di duga airmatanya mula menintis ,

" kau tak payah sibuk hal aku, aku tanya kat kau mak ada tak? ujur Suhaili

" tunggu sekejap Alif pergi panggil mak " ujur Alif, dia terasa puas sangat bila

dapat memberitahu perkara ini kepada Suhaili.


" Asslamulaikum ,ya ada apa Sue" ujur Mak Minah dihujung talian

" walaikumusalam mak... Sue.." namun Suhaili tak mampu hendak berbicara

" kenapa nie Sue" ujur Mak Minah

" Mak!!! abang Izz masuk penjara dan kakak Hannah

masuk hospital" ujur Suhaili dengan nada sebak

"kenapa abang Izz masuk penjara, dan kenapa kakak Hannah

masuk hospital?" tanya Mak Minah dengan nada sedih

Suhaili bercerita dengan panjang lebar tentang masalah tersebut, terduduk

Mak Minah mendengar cerita Suhaili ,sungguh dia tidak sangka anaknya itu

sanggup mendera menantunya, selama ini dia tidak pernah terdengar apa-apa

masalah yang berlaku rumah tangga anak menantunya itu.

"mak dengan abah datanglah kuala lumpur yew" rayu Suhaili

"baiklah nanti mak tanya abah dulu.

Sue dah call along belum " tanya Mak Minah

" masyaallah mak , Sue lupalah call along, " ujur Suhaili dia hampir terlupa pada abangnya yang sulung itu,

" Sue,call along dulu, dan bagitahu along tentang perkara ini" pinta Mak Minah

"baiklah mak, Sue call along dulu, assalamulaikum " ujur Suhaili yang mengakhiri perbualan di telephon itu.


Namun jauh di sudut hati Suhaili dia masih terasa dengan kata-kata

adiknya Aliff, kenangan dia di rogol oleh bapa saudaranya ketika usia

13 tahun. Suhaili kesal kerana terlanjur memberitahu Khairul yang dia dah

tiada dara lagi, tapi dia tidak sangka kejujurannya di balas dengan tuba.

Athirah pelik melihat keadaan Suhaili itu lantas menanyakan Suhaili

" Sue , kau nie kenapa, jauh termenenung?" soal Athirah

"tak ada apalah Ira, mak aku suh call along" ujur Suhaili yang cuba berahsia

dengan Athirah itu, dia tidak mahu Athirah tahu tentang kisah silamnya itu.



" Assalamulaikum " ujur Suhaili

" walaikumusalam Sue, cari along ke?" soal Faridah kakak iparnya

" aah kakak Ida , along ada tak" ujur Suhaili kembali

" along solat, ada apa nak kakak pesan dekat along ke" soal Faridah

"kakak boleh suruh along datang hospital Ampang Puteri sekarang tak" ujur Suhaili

"kenapa Sue?" soal Faridah ,

"kakak Ida dengan Along datang je hospital nanti Sue ceritakan" ujur Suhaili

yang seraya menamat perbualan telephon itu.

" sayang sapa call tadi?" soal Azmin

" Sue yang call abang tadi , dia suruh kita ke hospital Ampang puteri

sekarang,bunyi macam ada masalah je" ujur Faridah,

" kalau macam itu jom lah kita ke sana, manalah tahu Sue hadapi

masalah kot " ujur Azmin yang sentiasa mengambil berat tentang adiknya itu


Azmin dan Faridah segera ke hospital, di dalam hati Azmin tertanya kenapa

Suhaili menyuruh dia hospital, sakitkah adiknya itu. Tetapi apa yang mampu

dia lakukan hanya mendoakan agar adiknya tiada apa-apa, kini mereka

telah sampai ke hospital Ampang Puteri, mata Azmin mengilau mencari

kelibat adiknya itu , dari jauh dia nampak sepasang susuk tubuh yang

amat di kenalinya itu , lantas Azmin mempercepatkan langkahnya itu.


" Sue!!" panggil Azmin dari belakang,

terkejut dengan panggilan itu , Suhaili berpaling muka terus dia

memeluk abangnya yang sulung itu, Azmin dan Faridah pelik melihat

tindakan Suhaili itu , " Sue kenapa nie?" soal Azmin lagi,

"Abang Izz masuk penjara , kakak Hannah ada kat masih kat dalam

bilik operation " tutur Suhaili sebak.

" Sue macam mana boleh terjadi ini?" soal Azmin, dengan berat hati

Suhaili menceritakan segala masalah itu kepada Azmin dan Faridah,

terduduk mereka mendengar cerita Suhaili , selama ini Azmin tidak

pernah dengar apa-apa masalah yang melanda adiknya Iskandar dan isterinya

itu, Faridah menyelingau matanya mencari anak-anak buah itu,


" Sue mana anak-anak Ana dan Izz" soal Faridah,

" ada kat depan sana kakak Ida along" ujur Suhaili. Lantas mereka beremapt

menuju ke hadapan, sungguh kesian Azmin melihat keadaan anak-anak buahnya itu,

apalah nasib mereka ini.

Fahmi dan Zakri masih yang lama di situ ,akhirnya meminta diri untuk pulang,

"Sue, Ira kami pulang dulu," ujur Zakri yang bersalaman dengan Azmin

"Sue berdoalah agar kakak ipar kamu selamat " tambah Fahmi lagi

" terima kasih Fahmi , Zakri " ujur Suhaili kembali. Azmin juga bersalaman

dengan Zakri dan Fahmi itu , dia berterima kasih kepada Fahmi kerana berjaya

menyelamatkan Danisha dari kematian , namun kini adik iparnya itu pula bertarung

dengan maut , selama ini dia tidak pernah nampak Iskandar melayan Hannah dengan

buruk sekali. Dan dia juga tidak pernah dengar apa-apa masalah yang berlaku

antara mereka berdua , namun Azmin terkejut mengapa kini adiknya itu boleh

menjadi seorang yang panas baran, apalah yang telah mengubah Iskandar

menjadi seorang yang pemarah sebegini.


Mak minah gelisah menunggu kepulangan Pak Mail dari surau , entah kenapa malam ini

Pak Mail lambat pulang dari kebiasaanya , Aliff yang duduk di situ juga pening dengan




pergerakan maknya yang asyik hulur hilir di hadapan pintu rumah itu ,


"Mak!! " jerit Aliff

" eh kau nie kenapa menjerit  , tak boleh mak elok kew " marah Mak Minah

" dah yang mak hulur hilir depan itu kenapa , rimaslah Aliff tengok " ujur Aliff,

" mak tunggu abah kau , lambat pulak malam nie dia pulang "

" owwhh " hanya itu yang keluar dari mulut Aliff. 


Tidak sampai 15 minit kemudian , deruman motor Honda milik Pak Mail mula memasuki 

halaman rumah itu , dengan segera Mak Minah membuka pintu rumah itu , Pak Mail  hairan

kenapa Mak Minah  kelihatan begitu gelisah sekali.

" Lambat abang pulang " tegur Mak minah

" ada mesyuarat kat surau tadi itu yang lambat sikit pulang " ujur Pak Mail , " yang Minah tunggu

abang ini ada apa ke?" soal Pak Mail kembali,

" Ini pasal anak menantu kita bang" ujur Mak Minah

" anak menantu kita , kenapa dengan mereka " ujur Pak Mail yang ingin tahu itu.

Deangan berat hati Mak Minah mencerita semuanya kepada Pak Mail , terduduk Pak Mail disitu

bila mendengar cerita itu , siapa sangka anaknya yang bernama Iskandar itu yang dahulunya seorang

yang penyanyang boleh berubah sikap dengan sekilip mata , apalah nasib menantu dia itu , dalam

hati Pak Mail memohon doa agar menantunya itu selamat .

    ( bersambung .....)




















Monday, 31 October 2011

perjalanan hidup ini



Assalamulaikum & selamat sejahtera .. bila maryam mohd meluahakan perasaan disini,

hidup ini hnya sekali adakala kita berada diatas, namun adakalanya kita jatuh terjunam jatuh ke bawah.. perjalanan hidup ini masih lagi jauh, apa yang hendak dikata hanya doa dan tawakal dan berserah pada takdir tentang hidup ini.

bila berbicara tentang cinta semua orang suka bicara tentang cinta, begitu jua dengan diriku , aku suka bila berbicara tentang cinta.. memang sungguh indah bila kita di cintai dan mencintai pd orang yang menyanyagi diri kita, tapi bila berlaku pergaduhan segala sumpah serenah dan maki hamun akan terkeluar dari mulut kita, kita mmang tak sedar apa yang kita ucapkan pada pasangan kita, namun bila sampai di penghujung amarah ini barulah kita sedar apa yang kita ucapkan , adakalanya sudah terlambat untk kita ucapkan kata maaf , jika pasangan kita sudah berkcil hati dengan kita, so apa yang perlu berhati-hati apabila kita berbicara agar tiada hati yang akan terluka dengan ucapan kita..


cinta yang hakiki adalah cinta pada yang MAHA ESA , kerana mencintai adalah satu kewajipan dalam kehidupan ini , tanpanya tidak mungkin kita akan tercipta dan dapat melihat keindahan ciptaan NYA.. dia adalah pencipta yang paling berkuasa dialah penentu segalanya, kita hanya mampu merancang tetapi dia akan menentukan..



oklah sekian terima kasih .. harap terhibur membaca , tiada niat utk melukan hati sesiapa , hanya sekadar berkongsi coletah sahaja..ok daaaa

Saturday, 29 October 2011

Cinta

Berikan aku waktu

untuk aku mencintaimu

Berikan aku ruang

untuk aku bertahta di hatimu



Aku sayang kamu

aku cinta kamu

Biar apa pun terjadi

percayalah aku hanya untukmu


Bintang dilangit berkelipan

cerah menyinari malam yang kelam

Begitulah jua cintaku padamu

tak pernah terpadam walau sedekit


Apa yang ku pinta darimu

hanya kejujuran dalam percintaan

Agar cinta ini kekal abadi buat selamanya

cinta ini hanya untukmu sayang

pemanis kata: KALAU ALLAH MAHA BAIK KENAPE ALLAH MENCIPTA NERAKA...

pemanis kata: KALAU ALLAH MAHA BAIK KENAPE ALLAH MENCIPTA NERAKA...: Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri ya...

Friday, 14 October 2011

Dia Jodohku (BAB 2)

Sedang Suhaili memadam segala gambar-gambar kenangan antara dia

dan Khairul, bunyideruman kereta Athirah yang baru pulang dari kerja ,

"asslamulaikum " ujur Athirah " walaikumusalam ,jemput masuk buatlah

macam rumah sendiri" selorah Suhaili, " wah ceria pun kau ya Sue, eh

kau buat apa itu Sue" tanya Athirah yang melihat Suhaili yang asyik

membelek handphone itu , " owwh aku tengah padam segala memori aku

dengan Khairul", " betul kata Ira, hidup ini kena tabah dan ceria,

so aku nak padam semua kenangan itu" ujur Suhaili tenang, " baguslah

macam itu Sue, aku sebagai kawan kau, aku doakan kau boleh melupakan

segala kenangan pahit itu" ujur Athirah yang memeluk Suhaili.

Tapi jauh dari Suhaili dia masih merindui bekas tunangnya itu , tapi dia

harus melupakan Khairul buat selama-lamanya , sedang asyik

leka memikirkan nasib dirinya , telephon bimbitnya berbunyi.


" assalamulaikum Sue" ujur Hannah

" wasalam kakak Ana, ada apa telephon Sue ini?" tanya Suhaili

kepada kakak iparnya itu, " Sue tolong kakak Ana!" jerit Hannah

" kenapa Kakak Ana, Abang Izz pukul akak lagi ke?" soal Suhaili cemas,

" ye Sue, Abang Izz mengamuk sakan ini , tolong akak adik" rayu Hannah

" Kakak Ana tunggu , sekejap lagi Sue dan Ira datang rumah akak "ujur

Suhaili cemas.

" Ira!!!" jerit Suhaili dari tingkat bawah

" woi mak cik apasal kau menjerit ini"!! marah Athirah

" sorry Ira, jom temankan aku pergi rumah Abang Izz" ajak Suhaili

" buat apa pergi sana?" soal Athirah kembali

" Abang Izz pukul Kak Ana lagi" ujur Suhaili cemas,

" kalau macam itu jomlah kita pergi rumah mereka" ajak Athirah.

Semasa dalam perjalan Suhaili tidak habis-habis mengeluh mengenangkan

nasib kakak iparnya itu , yang sentiasa menjadi mangsa belasahan abangnya

itu,dia sendiri pelik abahnya bukanlah seorang yang panas baran , tetapi

dari siapakah abangnya mewarisi sifat itu.


" Sakit abang , tolong jangan pukul Ana lagi " rayu Hannah, namun rayuan

Hannah itu lagi menambahkan kemarah Iskandar ,

tanpa belas kasihan Izz terus membelasah Hannah yang

merayu- rayu supaya tidak di pukul lagi. Hannah tidak tahu kenapa

Iskandar yang dikenali lima tahun dulu seorang yang penyabar

dan penyanyang,pada awal perkahwinan Iskandar,seorang yang benar-benar

membuatkan dirinya sebagai seorang permaisuri, segala kehendaknya

dipatuhi oleh sang suami, namun setelah masuk tahun ketiga

perkahwinan mereka.Iskandar mula berubah sikap menjadi seorang

yang panas baran dan tidak lagi bertanggungjawab,jika ada silap

yang sekecil mana pun pasti dia dihadiahkan dengan penampar Iskandar,

namun jauh dari sudut hati Hannah dia masih mendoakan agar suaminya

itu berubah sikap dan kemabali seperti Iskandar yang dulu.


"Abang Izz!! berhenti pukul kakak Ana" Rayu Suhaili yang terus meluru

masuk ke rumah abang itu , bengang melihat adiknya disitu

lantas Iskandar bersuara

" kau apahal nak menyibuk hal aku Sue, baik kau pergi balik"

" Sue tak akan balik, Sue nak bawa Kakak Ana dengan anak abang

keluar dari neraka jahanam abang Izz ini" ujur Suhaili dengan marah

pang!!!!!!!! satu tamparan hinggap dipipi Suhaili, " baik kau pergi dari sini

Sue, kalau tidak" " kalau tidak apa abang Izz" pintas Suhaili,

" teruk aku kerjakan kau nanti "ugut Iskandar, " apa abang Izz ingat

Sue takut dengan ugutan abang ke!, jika abang tak berhenti dari pukul

kakak Ana , Sue akan buat lapaoran polis" ujur Suhaili panjang lebar,

bengang dengan ugutan Suhaili itu, tanpa berfikir dengan panjang lantas

Iskandar mengambil anaknya yang kecil itu menjadi mangsanya ,

" kalau kau berani bawa kakak kau keluar aku, aku campak Danisha keluar"

ugut Iskandar yang melambungkan Danisha itu,

" Abang, jangan buat anak kita macam itu" rayu Hannah,

" yang kau berani call Sue itu kenapa ha! Hannah, atau kau sengaja

mahu cari kemarahan aku " ujur Iskandar yang terus melambung Danisha.

Keadaan menjadi amat kecoh sekali ini telah menarik minat Zakri dan Fahmi yang

duduk bersebelahan dengan rumah abang Suhaili itu,

" Fahmi kau dengar tak apa yang aku dengar " tanya Zakri

" ye aku dengar Zakri , apa kita tengok apa yang berlaku " ujur Fahmi

" yelah jom kita keluar tengok" kata Zakri kembali.

Athirah yang menunggu diluar rumah itu pun sendiri terkejut melihat

abang Iskandar seolah-olah seperti orang yang telah hilang akal fikiran,

pada mulanya Athirah cuba untuk menolong tetapi dihalang keras oleh Iskandar.

" Cik , kenapa bunyi bising dekat rumah ini?" soal Zakri yang tidak perasaan

bahawa orang yang ditanya itu adalah Athirah, terkejut dengan pertanyaan itu

Athirah terus menoleh ke belakang melihat siapa gelaran yang bertanya pada

dirinya itu , alangkah terkejutnya Athirah " En Zakri , En Fahmi " tutur

Athirah . Fahmi dan Zakri saling berpandangan satu sama lain , lantas

Fahmi terus menayakan mengapa Athirah berada di situ

"kamu buat apa disini Athirah ?" soal Fahmi

" ini rumah abang Sue , dia tengah selamatkan kakak iparnya dari

menjadi mangsa penderaan abangnya itu, cuba En Zakri dan En Fahmi lihat

itu , abang Suhaili seolah-olah hendak membunuh anak kecil itu " ujur Athirah,

"Athirah, janganlah panggil kami en , panggil sahaja nama" ujur Zakri,

" tetapi saya" belum sempat Athirah menghabiskan ayatnya dia mendengar

suara Suhaili menjerit namanya , lantas Athirah bersama Fahmi

dan Zakri bergegas ke rumah itu ,keadaan menjadi kelam kabut apabila

Iskandar cuba membuang Danisha luar dari rumah tetapi syukur Fahmi

sempat menyambut anak kecil itu , kalau tidak pasti Danisha sudah menjadi

arwah pada malam ini. Hannah hanya mampu menangis melihat tindakan suaminya

itu , tidak tahan dengan sikap abangnya itu , Suhaili terus keluar dari rumah

itu dan meminta tolong dari Athirah untuk menelphon polis, Suhaili terkejut

melihat Danisha berada di dalam pelukan Fahmi , dan lelaki di sebelahnya

adalah Zakri, " apa En Fahmi dan En Zakri buat dekat sini?" soal Suhaili

" Sue , jangan ber encik dengan kami , panggil nama sahaja" " rumah kami

disebelah ini , tadi kami terdengar bunyi bising itu yang keluar melihat "

tutur Fahmi dengan panjang lebar, " ini buah kamu ke Sue" tanya Zakri pulak

" ye ini anak buah Sue", " tolong telephon polis Ira, aku sudah tidak tahan

dengan perangai abang aku " ujur Suhaili dengan nada sedih dan kesal.

Suhaili sendiri malu dengan tingkah laku abangnya itu , dia sendiri tidak

tahu dari manakah abangnya mewarisi sifat begitu, kesian dia melihat keadaan

keluarga abangnya itu , " Mak Uda!!!" jerit Dahlia dari dalam rumah ,

Suhaili , Athirah , Fahmi serta Zakri terkejut dengan jeritan itu dengan

pantas mereka berempat menuju masuk kerumah tersebut . Suhaili seperti

tergaman melihat abangnya memukul kakak iparnya dengan teruk sekali.

"Abang Izz berhenti ,jangan pukul kakak Ana lagi" rayu Suhaili, namun sayangnya

rayuan Suhaili itu langsung tidak diambil endah oleh Iskandar. Benggang melihat

keadaan tersebut Fahmi segera menelphone polis , dia kesian melihat keadaan

kakak ipar Suhaili seolah-olah seperti nyawa ikan, dan dia paling kesian

melihat anak buah Suhaili yang menangis disebelah ibu mereka.


Pihak polis yang mendapat maklumat teresebut dengan segera menuju ke tempat

kejadian, jiran-jiran sebelah juga mula menahan Iskandar dari melarikan diri,

mereka sungguh kesian melihat keadaan Hannah yang nyawa ikan itu. Kakak Anum

seolah-olah tidak percaya bahawa Iskandar sanggup melakukan semua ini ,

setahunya Iskandar itu seorang yang penyanyang, dia sungguh kesian melihat

keadaan anak-anak Hannah dan Iskandar itu , dan paling kesian adalah si kecil

itu , Danisha yang hampir mati di campak oleh bapanya sendiri , namun mujurlah

Fahmi yang juga merupakan jiran mereka sempat menyelamatkan Danisha. Iskandar

telah ditahan oleh pihak polis atas dua tuduhan mendera dan cubaan membunuh ,

dan Hannah juga telah dikerjakan ke hospital , Suhaili sedih melihat keadaan

anak-anak buahnya yang hilang tempat bergantung. Kini mereka semua dalam

perjalanan ke hospital melihat keadaan Hannah.

( bersambung)