Friday, 14 October 2011

Dia Jodohku (BAB 2)

Sedang Suhaili memadam segala gambar-gambar kenangan antara dia

dan Khairul, bunyideruman kereta Athirah yang baru pulang dari kerja ,

"asslamulaikum " ujur Athirah " walaikumusalam ,jemput masuk buatlah

macam rumah sendiri" selorah Suhaili, " wah ceria pun kau ya Sue, eh

kau buat apa itu Sue" tanya Athirah yang melihat Suhaili yang asyik

membelek handphone itu , " owwh aku tengah padam segala memori aku

dengan Khairul", " betul kata Ira, hidup ini kena tabah dan ceria,

so aku nak padam semua kenangan itu" ujur Suhaili tenang, " baguslah

macam itu Sue, aku sebagai kawan kau, aku doakan kau boleh melupakan

segala kenangan pahit itu" ujur Athirah yang memeluk Suhaili.

Tapi jauh dari Suhaili dia masih merindui bekas tunangnya itu , tapi dia

harus melupakan Khairul buat selama-lamanya , sedang asyik

leka memikirkan nasib dirinya , telephon bimbitnya berbunyi.


" assalamulaikum Sue" ujur Hannah

" wasalam kakak Ana, ada apa telephon Sue ini?" tanya Suhaili

kepada kakak iparnya itu, " Sue tolong kakak Ana!" jerit Hannah

" kenapa Kakak Ana, Abang Izz pukul akak lagi ke?" soal Suhaili cemas,

" ye Sue, Abang Izz mengamuk sakan ini , tolong akak adik" rayu Hannah

" Kakak Ana tunggu , sekejap lagi Sue dan Ira datang rumah akak "ujur

Suhaili cemas.

" Ira!!!" jerit Suhaili dari tingkat bawah

" woi mak cik apasal kau menjerit ini"!! marah Athirah

" sorry Ira, jom temankan aku pergi rumah Abang Izz" ajak Suhaili

" buat apa pergi sana?" soal Athirah kembali

" Abang Izz pukul Kak Ana lagi" ujur Suhaili cemas,

" kalau macam itu jomlah kita pergi rumah mereka" ajak Athirah.

Semasa dalam perjalan Suhaili tidak habis-habis mengeluh mengenangkan

nasib kakak iparnya itu , yang sentiasa menjadi mangsa belasahan abangnya

itu,dia sendiri pelik abahnya bukanlah seorang yang panas baran , tetapi

dari siapakah abangnya mewarisi sifat itu.


" Sakit abang , tolong jangan pukul Ana lagi " rayu Hannah, namun rayuan

Hannah itu lagi menambahkan kemarah Iskandar ,

tanpa belas kasihan Izz terus membelasah Hannah yang

merayu- rayu supaya tidak di pukul lagi. Hannah tidak tahu kenapa

Iskandar yang dikenali lima tahun dulu seorang yang penyabar

dan penyanyang,pada awal perkahwinan Iskandar,seorang yang benar-benar

membuatkan dirinya sebagai seorang permaisuri, segala kehendaknya

dipatuhi oleh sang suami, namun setelah masuk tahun ketiga

perkahwinan mereka.Iskandar mula berubah sikap menjadi seorang

yang panas baran dan tidak lagi bertanggungjawab,jika ada silap

yang sekecil mana pun pasti dia dihadiahkan dengan penampar Iskandar,

namun jauh dari sudut hati Hannah dia masih mendoakan agar suaminya

itu berubah sikap dan kemabali seperti Iskandar yang dulu.


"Abang Izz!! berhenti pukul kakak Ana" Rayu Suhaili yang terus meluru

masuk ke rumah abang itu , bengang melihat adiknya disitu

lantas Iskandar bersuara

" kau apahal nak menyibuk hal aku Sue, baik kau pergi balik"

" Sue tak akan balik, Sue nak bawa Kakak Ana dengan anak abang

keluar dari neraka jahanam abang Izz ini" ujur Suhaili dengan marah

pang!!!!!!!! satu tamparan hinggap dipipi Suhaili, " baik kau pergi dari sini

Sue, kalau tidak" " kalau tidak apa abang Izz" pintas Suhaili,

" teruk aku kerjakan kau nanti "ugut Iskandar, " apa abang Izz ingat

Sue takut dengan ugutan abang ke!, jika abang tak berhenti dari pukul

kakak Ana , Sue akan buat lapaoran polis" ujur Suhaili panjang lebar,

bengang dengan ugutan Suhaili itu, tanpa berfikir dengan panjang lantas

Iskandar mengambil anaknya yang kecil itu menjadi mangsanya ,

" kalau kau berani bawa kakak kau keluar aku, aku campak Danisha keluar"

ugut Iskandar yang melambungkan Danisha itu,

" Abang, jangan buat anak kita macam itu" rayu Hannah,

" yang kau berani call Sue itu kenapa ha! Hannah, atau kau sengaja

mahu cari kemarahan aku " ujur Iskandar yang terus melambung Danisha.

Keadaan menjadi amat kecoh sekali ini telah menarik minat Zakri dan Fahmi yang

duduk bersebelahan dengan rumah abang Suhaili itu,

" Fahmi kau dengar tak apa yang aku dengar " tanya Zakri

" ye aku dengar Zakri , apa kita tengok apa yang berlaku " ujur Fahmi

" yelah jom kita keluar tengok" kata Zakri kembali.

Athirah yang menunggu diluar rumah itu pun sendiri terkejut melihat

abang Iskandar seolah-olah seperti orang yang telah hilang akal fikiran,

pada mulanya Athirah cuba untuk menolong tetapi dihalang keras oleh Iskandar.

" Cik , kenapa bunyi bising dekat rumah ini?" soal Zakri yang tidak perasaan

bahawa orang yang ditanya itu adalah Athirah, terkejut dengan pertanyaan itu

Athirah terus menoleh ke belakang melihat siapa gelaran yang bertanya pada

dirinya itu , alangkah terkejutnya Athirah " En Zakri , En Fahmi " tutur

Athirah . Fahmi dan Zakri saling berpandangan satu sama lain , lantas

Fahmi terus menayakan mengapa Athirah berada di situ

"kamu buat apa disini Athirah ?" soal Fahmi

" ini rumah abang Sue , dia tengah selamatkan kakak iparnya dari

menjadi mangsa penderaan abangnya itu, cuba En Zakri dan En Fahmi lihat

itu , abang Suhaili seolah-olah hendak membunuh anak kecil itu " ujur Athirah,

"Athirah, janganlah panggil kami en , panggil sahaja nama" ujur Zakri,

" tetapi saya" belum sempat Athirah menghabiskan ayatnya dia mendengar

suara Suhaili menjerit namanya , lantas Athirah bersama Fahmi

dan Zakri bergegas ke rumah itu ,keadaan menjadi kelam kabut apabila

Iskandar cuba membuang Danisha luar dari rumah tetapi syukur Fahmi

sempat menyambut anak kecil itu , kalau tidak pasti Danisha sudah menjadi

arwah pada malam ini. Hannah hanya mampu menangis melihat tindakan suaminya

itu , tidak tahan dengan sikap abangnya itu , Suhaili terus keluar dari rumah

itu dan meminta tolong dari Athirah untuk menelphon polis, Suhaili terkejut

melihat Danisha berada di dalam pelukan Fahmi , dan lelaki di sebelahnya

adalah Zakri, " apa En Fahmi dan En Zakri buat dekat sini?" soal Suhaili

" Sue , jangan ber encik dengan kami , panggil nama sahaja" " rumah kami

disebelah ini , tadi kami terdengar bunyi bising itu yang keluar melihat "

tutur Fahmi dengan panjang lebar, " ini buah kamu ke Sue" tanya Zakri pulak

" ye ini anak buah Sue", " tolong telephon polis Ira, aku sudah tidak tahan

dengan perangai abang aku " ujur Suhaili dengan nada sedih dan kesal.

Suhaili sendiri malu dengan tingkah laku abangnya itu , dia sendiri tidak

tahu dari manakah abangnya mewarisi sifat begitu, kesian dia melihat keadaan

keluarga abangnya itu , " Mak Uda!!!" jerit Dahlia dari dalam rumah ,

Suhaili , Athirah , Fahmi serta Zakri terkejut dengan jeritan itu dengan

pantas mereka berempat menuju masuk kerumah tersebut . Suhaili seperti

tergaman melihat abangnya memukul kakak iparnya dengan teruk sekali.

"Abang Izz berhenti ,jangan pukul kakak Ana lagi" rayu Suhaili, namun sayangnya

rayuan Suhaili itu langsung tidak diambil endah oleh Iskandar. Benggang melihat

keadaan tersebut Fahmi segera menelphone polis , dia kesian melihat keadaan

kakak ipar Suhaili seolah-olah seperti nyawa ikan, dan dia paling kesian

melihat anak buah Suhaili yang menangis disebelah ibu mereka.


Pihak polis yang mendapat maklumat teresebut dengan segera menuju ke tempat

kejadian, jiran-jiran sebelah juga mula menahan Iskandar dari melarikan diri,

mereka sungguh kesian melihat keadaan Hannah yang nyawa ikan itu. Kakak Anum

seolah-olah tidak percaya bahawa Iskandar sanggup melakukan semua ini ,

setahunya Iskandar itu seorang yang penyanyang, dia sungguh kesian melihat

keadaan anak-anak Hannah dan Iskandar itu , dan paling kesian adalah si kecil

itu , Danisha yang hampir mati di campak oleh bapanya sendiri , namun mujurlah

Fahmi yang juga merupakan jiran mereka sempat menyelamatkan Danisha. Iskandar

telah ditahan oleh pihak polis atas dua tuduhan mendera dan cubaan membunuh ,

dan Hannah juga telah dikerjakan ke hospital , Suhaili sedih melihat keadaan

anak-anak buahnya yang hilang tempat bergantung. Kini mereka semua dalam

perjalanan ke hospital melihat keadaan Hannah.

( bersambung)

Dia Jodohku ( BAB 1)

Pagi itu Suhaili terasa malas hendak bangun pergi ke tempat kerja, terasa malas hendak berhadapan dengan

En Zakri bos baru tempat baru dia kerja itu, masih tergiang-giang ditelinga Suhaili herdikan caki maki En

Zakri pada dirinya semalam. Semua itu bukan salah dia , tapi salah Aira yang lambat siap minit mesyuruat ,

tapi yang terkena tempias adalah dirinya, kadang Suhaili terfikir kenapa En Zakri suka sangat mencari

kesalahan dirinya sedangkan dia tidak bersalah, tiba -tiba handphone Suhaili berbunyi , lantas dia melihat

siapa menelephon , rupa-rupa emaknya menelephon  " asslamulaikum Sue" tutur Mak Minah dalam nada

sedih ,  " walaikumussalam mak, kenapa suara emak sedih pagi nie , tutur Suhaili apabila mendengar suara

sedih emaknya itu. " Sue!! tersekat suara Mak Minah ketika itu"  " ye mak " jawab Suhaili perlahan..

" Keluarga Khairul datang putuskan pertunangan korang" ujur Mak Minah dengan nada kesedihan, terkejut

Suhaili mendengar berita itu, " Sue ada bergaduh dengan Khai ke ?" soal Mak Minah, dengan nada sedih 

" Mak , Khai sudah berkahwin dekat Thailand dua bulan yang lepas " ujur Suhaili dengan tangisan , dia ingat 

hendak merahsiakan semua itu pada pengetahuan keluarganya dikampung , tapi rupa-rupanya keluarganya

sudah mendapat tahu akan berita itu, " kenapa Sue rahsiakan perkara ini dari pengetahuan mak dan abah"

tutur Mak Minah dengan nada kesal, " mak bukan niat Sue, nak rahsia pengetahuan dari mak dan abah, tapi

Sue tak nak mak ngan abah risaukan tentang Sue" ujur Suhaili dengan nada sedih. Jam di dinding bilik Suhaili

sudah menunjukan jam pukul 7.00 pagi, tanpa dia sedar sudah setengah jam dia berborak dengan maknya,

" mak , Sue sudah hendak pergi kerja" ujur Suhaili yang ingin segera matikan talian telephon itu, dia tidak

maknya bertanya lebih lanjut tentang perkahwinan Khairul di Thailand dua bulan lepas ,  " yelah Sue, mak

pun hendak ke pasar belikan barang untuk masak, assalamulaikum " ujur Mak Minah  ,

" walaikumusalam mak, kirim salam dekat abah dengan adik- adik ya mak" ujur Suhaili seraya matikan talian

telephon, menangis hati kecilnye apabila melihat kecurangan bekas tunangnya Khairul dengan wanita lain,

masih tergiang-giang ditelinganya, pengakuan Khairul yang sudah menikahi wanita itu di sempadan Thailand

dua bulan yang lepas, terasa hancur dunia dia masa itu, sungguh dia tidak sangka Khairul sanggup

menipu dirinya yang benar ikhlas mencintai Khairul , tapi sayangnya cintanya telah dipermainkan.

" woi mak cik!! tak bersiap lagi kew" jerit Atirah dari luar biliknya ,  " issh kau Ira , tak boleh panggil

elok-elok" ujur Suhaili dengan nada marah bercampur tangisan, Athirah pelik mendengar suara Suhaili

seolah-olah baru lepas menangis itu, segera membuka Athirah membuka pintu bilik Suhaili,

" Sue, kenapa dengan kau nie?" soal Athirah sebaik sahaja mendapatkan Suhaili  di atas katilnya,

" Ira, mak dengan abah aku, sudah tahu tentang perkhawinan Khai" ujur Suhaili yang seraya memeluk

tubuh sahabat baiknya sejak dari kecil lagi, " macam mana mak dan abah kau boleh mendapat tahu

tentang perkara ini, sedangkan kau tidak bagitahu mereka lagikan " bertubi-tubi soalan Athirah kepada

Suhaili, " keluarga Khai datang putuskan pertunangan kami semalam " ujur Suhaili dengan tangisan yang kuat,

" Sue, kau bawalah bersabar yew, mungkin ada hikmah disebalik kejadian  ini, "

" betul cakap kau Ira, aku kena banyak bersabar dengan semua ini.

" dah kau nak masuk office tak?" soal Athirah melihat Suhaili masih belum mandi itu,

" aku malas hendak masuk office, malas hendak aku berhadapan dengan En Zakri yang sombong itu"

" kau jangan Sue bencikan dia, entah-entah nanti satu hari dia menjadi suami kau baru tahu"

" issh kau nie Ira, kalau ya pun nak carikan aku jodoh, carilah lelaki yang baik sikit , takkan lelaki

macam ini hendak menjadi suami aku" ujur Suhaili geram,

" hehehe" gelak Atihrah mengenangkan sahabatnya ini benar- benar membenci En Zakri.



Suasana di Syarikat  Seraya Industries

" selamat pagi, Sue mana Ira?" soal En Zakri apabila melihat Suhaili tidak ada ditempat duduknya itu

" Sue ambil EL, En Zakri" ujur Athirah,  " dia sakit ke?" soal En Zakri cemas, bagi dirinya satu hari tidak

mendengar suara Suhaili terasa kosong dirinya itu, " hai En Zakri rindu pada Suhaili " usik Atirah ,

" tak adalah saya rasa pelik je, kenapa dia tidak datang kerja hari ini, selalunya dia mesti datang kerja,

dia ada apa-apa masalah ke?" soal En Zakri bertalu-talu, " itu En Zakri kena bertanya sendiri

pada tuan empunya badan" hahaha gelak Athitrah seraya meninggalkan En Zakri yang kebinguan

ketika itu, isshh minah ini, nak suruh aku tanya Suhaili sendiri , tak kuasa aku dengan minah yang berlagak

pandai itu, bisik hati En Zakri sendiri, tapi dari sudut hatinya merindui suara Suhaili itu.

" hai Zakri, jauh kau termenenung, ingat awek ke?" tegur Fahmi apabila melihat sahabat baiknya itu

" Kau nie, Fahmi tak habis-habis dengan awek, aku mana ada awek" sangkal  Zakri,

" dah yang kau jauh termenenung meja Suhaili itu kenapa"ujur Fahmi seraya melihat Zakri melihat meja

yang tiada tuan empunya badan ,  " eh mana ada " ujur Zakri kembali,   " jom pergi lunch perut aku

sudah berbunyi lagu negaraku " ujur Fahmi , " kau tak habis-habis makan-makan" ujur Zakri sambil

mengeleng kepala,  " yang kau geleng kepala nie kenapa Zakri, aku betul laparlah" ujur Fahmi yang seraya

keluar dari bilik yang malas hendak melayan kerenah sahabat baiknya itu, " Fahmi !!!" jerit Zakri dari

luar biliknya itu , dia tahu jika Fahmi lapar , dia mesti kena makan , kalau tidak mulalah penyakit

gastrik menyerangnya pasti berminggu -minggu dia tidak dapat bangun dari katilnya,

" kenapa kau kejar aku" ujur Fahmi geram , bila melihat Zakri yang termengah-megah berlari

mendapatkannya itu, " kau nie  Fahmi macam perempuanlah cepat sangat merajuk",

" sudah kau macam tak tahu aku ini macam mana" ujur Fahmi geram,

" relaxs la bro, aku gurau je tadi" pujuk Zakri .

"Kak Jah ! nasi goreng kampung dengan Teh O Suam 1" order Fahmi yang malas hendak melayan Zakri,

"ha Zakri kau tak nak order makan ke? " soal Kak Jah yang melihat Zakri tercungap-cungap,

" hishh Kak Jah ini kalau ya pun bagilah saya duduk dulu " ujur Zakri geram

" yelah Zakri, kamu sudah duduk , nak order apa tak, Kak Jah sorang  je hari nie " kata Kak Jah

" Mee goreng dengan Kopi O , mana pekerja Kak Jah" soal Zakri hairan

" cuti bersalin" jawab Kak Jah ringkas.


Suhaili terasa bosan bersendirian dirumah, tidak tahu apa yang hendak di buatnya hati rasa sedih

sangat apabila mendapat tahu mak dan abahnya sudah tahu perkara sebenar, dia tahu mak dan abahnya

terlalu menyanyangi Khairul bekas tunangnya itu , seorang lelaki yang budiman , tapi entahlah kenapa

tiba-tiba sahaja Khairul berubah perangai , masih Suhaili ingat kejadian empat bulan yang lepas tiba-tiba

sahaja Khairul memarahi dirinya tanpa usul periksa, sedangkan selama ini khairul tidak seperti itu. Tapi

kejadian dua minggu lepas benar-benar mengejutkan dia dari mimpi yang panjang, sungguh dia tidak

sangka kehilangan Khairul selama dua bulan mengkabarkan berita perkahwinan Khairul dengan wanita

lain di Thailand , masih Suhaili ingat bagaimana dengan angkuhnya Khairul mengenalkan Isterinya itu,

" Sue ini isteri Khai, nama dia Zahnita, kami berkahwin dekat Thailand dua bulan lepas" tutur Khairul

" sampai hati Khai buat Sue macam ini , sedangkan Sue ini tunang khai " ujur Suhaili sebak,

" Abang!! sapa perempuan ini?, siap mengaku dia tunang abang lagi" soal Zahnita dengan sombong,

" dulu dia tunang abang tapi sekarang sayang sahaja yang abang sayang" ujur Khairul yang mencium

pipi gebu Zahnita itu , terasa sakit melihat kejadian itu lantas Suhaili menguncap Tahniah atas perkahwinan

Khairul dengan Zahnita itu, terasa hatinya melihat kemersaan mereka itu, dulu Khairul yang dikenali

seorang yang amat menjaga tingkah lakunya di hadapan orang awam , tapi kini Khairul sudah banyak

berubah. Bohonglah kalau dia tidak merindui bekas tunangnya itu , tapi sayangnya dia pun tahu kenapa

secara mendadak sahaja Khairul boleh berubah rentak . Kini dia bukan lagi tunang sesiapa- sesiapa ,

terasa sunyi tanpa teman disisi dia kini.

        sambungan ...