Friday, 23 December 2011

hari yang paling tension

arghh hari nie paling tension bagi aku .. keja dah lah bnyk adoiiii kdang 2 nk bernafas pon x boleh .. aduhh apa diaorg ingat aku ini robot kew .. aku pun mnusia biasa gak yang ada had2nya .. sengal betol lah aku
rasakan hari ini ..  ingatkan hari jumaat nie bolehlah aku relaks  ckit , tp keja makin bnyk adoiii.. dengan nk mengejar dateline lagi .. adoiii penat penat ..

tolonglah bagi aku bernafas sekejap ..

TENSIONNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
AKUUUUUUUUUUUUUUUU HARI INIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

Saturday, 17 December 2011

KeReTa IdAmAn AkU !!

bila bercakpa pasal kereta mesti yang ramai suka akan kereta , baik lelaki ataupun perempuan semua sama sahaja , semua ingin kelihatan menarik di atas jalan raya .. hurmm aku juga suka akan kereta ( tp lesen dok amek lg) hahahha

jum tgok kereta idaman aku nie .. 

























yang kat atas nie adalah kereta idaman aku , walaupun kecil tapi power beb , tp tak tahulah
adakah aku dapat beli keta mcm kat atas nie or  hanya mampu memiliki seperti kereta yang di bawah ini :-(





















tak kisah kereta apa pun yang aku pakai asalkan ia boleh bawa dengan baik .. tp yang paling penting aku suka warna merah/ pink  ataupun hitam .. hahaa

Friday, 16 December 2011

remove

ehh ada orang remove aku lah kt blogger aku nie ,, hurmm x apalah kalo x sudi  nak berkawan dengan aku

lalalala .. aku tahulah aku nie bukanlah pndai sangat nk berblog -blog nie ..  hurmm xapalah ..



Thursday, 15 December 2011

13 Tanda Anda Jatuh Cinta

Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:










1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk
  mengawal kemarahan anda terhadapnya.
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda.
  Anda cuma melihat dia seorang.
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
9. Dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan
  tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama,
ada seseorang di dalam fikiran anda.

tension keja bnyk

aduhh makin lama aku kerja kat sini makin tertekan rasanya , rasa nak berhenti pon ada , tp kalo aku berhenti kat mana aku nak cari keja ek, dah lah sekarang susah nak cari keja ..
aduhhh tension gler aku mcm nie .. dah lah hutang kptm aku x byar lg ,
dah lah smlm dpt surat amaran , adoiii mak bapak aku lak bising pasal duit kptm
yang aku pinjam masa belajar dulu ..
hurmm dahlah semua orang nk salahkan aku bila ada barang yg salah ataupun x ckup .. 
adoiii tension tension tension


tp bila difikir-fikirkan balik dah nama pun keja , mestilah banyak kan , so apa yang aku perlu buat
hanya mampu bersabar dan tersenyum sahaja , pasrah dengan apa yang terjadi ..


THINK POSITIF ALWAYS MARYAM .. YOU CAN DO IT ..

Thursday, 24 November 2011

Dia Jodohku (BAB 4)

Mereka masih menunggu di luar bilik operation untuk mengetahuai keadaan Hannah

yang berada di dalam  bilik operation itu ,  hanya doa yang mampu mereka berikan

agar Hannah cepat sedar. Lampu bilik operation telah di matikan , nurse yang bertugas

sudah mula keluar , Azmin  mula kelihatan gelisah , apalah nasib adik  iparnya itu ,

doctor  yang bertugas juga telah keluar dari bilik operation itu ,

dengan pantas Azmin menyapa doctor muda itu,  untuk mengetahuai keadaan

Hannah yang sebenarnya itu

" Doctor macam mana keadaan adik ipar saya " ujur Azmin,

" dia dalam keadaan krital , sama-samalah kita doakan agar dia dapat

menempuhi keadaan kritis itu " ujur doctor Khairul yang menepuk bahu

Azmin itu dan terus berlalu pergi. Hannah masih lagi dalam keadaan koma,

apa yang boleh lakukan hanya berdoa, Faridah sedih memikirkan apalah

nasib anak-anak buahnya itu , sudahlah ayah mereka dipenjara kini

emak mereka dalam keadaan koma entah bila akan sedar. Suhaili tidak

tahu apalah bala yang menimpa keluarga mereka itu. Kelopak mata Suhaili

mula berkaca , setitik demi setitik airmatanya mengalir,

Azmin perasaan adiknya itu menangis

" Sue, janganlah menangis , marilah kita bersama berdoa agar Hannah selamat" ujur Azmin ,

Athirah dan Faridah setuju dengan kata-kata Azmin itu,

 "Sue , sedih along. Kakak Hannah sanggup " namun ayat

yang selanjutnya itu , dia tidak mampu lafazkan. Kerana teringatkan janjinya

pada Kakak Hannah danAbang Iskandar  satu masa dulu ,

"Sue!! apa yang Hannah sanggup " pintas Faridah , namun Suhaili tidak

mampu untuk mengelak lagi setelah semua pihak mendesaknya ,

dengan berat hati Suhaili menceritakan segala-galanya tentang siapa Hannah yang

sebenarnya .

"Sue, kenapa Sue rahsiakan perkara ini dari pengetahuan mak dan abah " ujur Azmin

yang tampak marah itu , Suhaili tahu  abangnya itu sedang memarahi dirinya

kerana menyembunyikan perkara tersebut , namun dia terpaksa melakukan

atas arahan abangnya yang bernama Iskandar itu.




Mak Minah hampir pengsan bila mendengar khabar yang Hannah dalam keadaan krital ,

 lantas Mak Minah menuju ke kebun tempat Pak Mail berkerja ,  dari jauh Pak Mail telah

nampak kelibat Mak Minah yang menuju ke arahnya itu.

" Ha Minah kenapa kelam kabut je nie" soal Pak Mail

" abang kita kena pergi kuala lumpur sekarang juga" tintah Mak Minah

" Kenapa Minah?"soal Pak Mail hairan

" menantu kita kritikal bang , tadi along ada call saya " ujur Mak Minah

" kalo macam moh kita ke sana , tapi kita tunggu Aliff balik dari sekolah

dulu ,nanti dia balik dari sekolah tengok kita tak ada pulak" ujur Pak Mail.

Mak Minah sebenarnya hampir terlupa tentang anak bongsunya itu , kerana terlalu

mengrisaukan keadaan menantunya itu , sudah semalaman Mak Minah tidak dapat

tidur dengan lena , memikirkan nasib menantunya itu serta cucu-cucunya itu. Pak Mail

dari tadi melihat Mak Minah yang sedang kegelisahan itu , dia tahu Mak Minah memang

cukup menyanyangi menantu itu .


Khairul resah menunggu kepulangan Zahnita , kini jam sudah hampir pukul 08.30 malam

namun bayangan Zahnita masih belum  balik itu , petang tadi hampir dia menumbuk

kawan baiknya sendiri Fakhrul. Kata-kata Fakhrul itu tidak dapat dilupakan oleh Khairu,

namun dia menganggap bahawa Fakhrul memarahi dirinya kerana meninggalkan Suhaili itu .

Dia tahu ramai memarahi dirinya kerana meninggalkan tunangnya itu dan berkahwin dengan

Zahnita di Pattani empat bulan yang lepas,  Mak dan abahnya juga memarahi dirinya ,

 usah dikata-kata adik-beradiknya dan juga saudara maranya juga memarahi dirinya .

Mereka semua amat menyanyangi Suhaili itu . Sudah hampir sejam Khairul menunggu isterinya ,

dia berfikir apakah benar isterinya mencurangi dirinya itu ,

 bunyi deruman kereta Zahnita yang memasuki perkarangan rumah itu .

Belum sempat Zahnita memberi salam satu tamparan dari Khairul hinggap ke pipi gebunya ,

 dia meraba-raba pipinya yang kesakitan itu . Selama empat bulan mereka berkahwin ,

ini kali pertama Khairul menangkat tangan ke mukanya.

" Abang nie kenapa , tiba-tiba sahaja tampar  Ita" ujur Zahnita sebak,

" ko tanya aku kenapa !! ha sekarang kau tengok jam pukul berapa , bini

jenis apa kau nie" ujur Khairul marah ,

" Ita minta maaf abang , tadi dekat kedai ada kain baru sampai " bohong Zahnita

" hurmmmm........ lain  kali telephon abang dulu , tidaklah abang tertunggu Ita dekat

rumah ini , Ita sakit tak , abang pun nak mintak maaf kerana pukul Ita

tanpa usul periksa " ujur Khairul

" tak apalah abang  , Ita  pun salah sebab tak beritahu abang " ujur Zahnita .

Namun  dalam hatinya cukup menyumpah sekali , dia terpaksa membohongi suaminya

itu mengatakan dia banyak kerja dikedainya , padahal dia sebenarnya

memadu kasih dengan kekasih gelapnya itu.

Zahnita sebenarnya mempunyai ramai lelaki simpanan diluar sana , cuma Khairul

sahaja yang tidak tahu . Kadang-kadang Zahnita rasa orang seperti Khairul ini

mudah di permainkan oleh perempuan sepertinya , yela mana tidaknya sudah

mempunyai tunang sanggup mengcurangi tunang sendiri dan berkahwin dengan

dirinya, dia tersenyum sendirian. Walaupun dia tahu perkahwinannya ini tidak mendapat

restu dari keluarga mentuanya . Namun apa yang dia kisah tentang semua itu asalkan

dia dapat apa-apa sahaja dari suaminya bernama Khairul ini. Cuma apa yang dia kesalkan

selama empat bulan mereka berkahwin Khairul tidak pernah mengangkat tangannya

kemukanya , namun ini kali pertama terjadi keatas dirinya .

( bersambung)