Friday 14 October 2011

Dia Jodohku ( BAB 1)

Pagi itu Suhaili terasa malas hendak bangun pergi ke tempat kerja, terasa malas hendak berhadapan dengan

En Zakri bos baru tempat baru dia kerja itu, masih tergiang-giang ditelinga Suhaili herdikan caki maki En

Zakri pada dirinya semalam. Semua itu bukan salah dia , tapi salah Aira yang lambat siap minit mesyuruat ,

tapi yang terkena tempias adalah dirinya, kadang Suhaili terfikir kenapa En Zakri suka sangat mencari

kesalahan dirinya sedangkan dia tidak bersalah, tiba -tiba handphone Suhaili berbunyi , lantas dia melihat

siapa menelephon , rupa-rupa emaknya menelephon  " asslamulaikum Sue" tutur Mak Minah dalam nada

sedih ,  " walaikumussalam mak, kenapa suara emak sedih pagi nie , tutur Suhaili apabila mendengar suara

sedih emaknya itu. " Sue!! tersekat suara Mak Minah ketika itu"  " ye mak " jawab Suhaili perlahan..

" Keluarga Khairul datang putuskan pertunangan korang" ujur Mak Minah dengan nada kesedihan, terkejut

Suhaili mendengar berita itu, " Sue ada bergaduh dengan Khai ke ?" soal Mak Minah, dengan nada sedih 

" Mak , Khai sudah berkahwin dekat Thailand dua bulan yang lepas " ujur Suhaili dengan tangisan , dia ingat 

hendak merahsiakan semua itu pada pengetahuan keluarganya dikampung , tapi rupa-rupanya keluarganya

sudah mendapat tahu akan berita itu, " kenapa Sue rahsiakan perkara ini dari pengetahuan mak dan abah"

tutur Mak Minah dengan nada kesal, " mak bukan niat Sue, nak rahsia pengetahuan dari mak dan abah, tapi

Sue tak nak mak ngan abah risaukan tentang Sue" ujur Suhaili dengan nada sedih. Jam di dinding bilik Suhaili

sudah menunjukan jam pukul 7.00 pagi, tanpa dia sedar sudah setengah jam dia berborak dengan maknya,

" mak , Sue sudah hendak pergi kerja" ujur Suhaili yang ingin segera matikan talian telephon itu, dia tidak

maknya bertanya lebih lanjut tentang perkahwinan Khairul di Thailand dua bulan lepas ,  " yelah Sue, mak

pun hendak ke pasar belikan barang untuk masak, assalamulaikum " ujur Mak Minah  ,

" walaikumusalam mak, kirim salam dekat abah dengan adik- adik ya mak" ujur Suhaili seraya matikan talian

telephon, menangis hati kecilnye apabila melihat kecurangan bekas tunangnya Khairul dengan wanita lain,

masih tergiang-giang ditelinganya, pengakuan Khairul yang sudah menikahi wanita itu di sempadan Thailand

dua bulan yang lepas, terasa hancur dunia dia masa itu, sungguh dia tidak sangka Khairul sanggup

menipu dirinya yang benar ikhlas mencintai Khairul , tapi sayangnya cintanya telah dipermainkan.

" woi mak cik!! tak bersiap lagi kew" jerit Atirah dari luar biliknya ,  " issh kau Ira , tak boleh panggil

elok-elok" ujur Suhaili dengan nada marah bercampur tangisan, Athirah pelik mendengar suara Suhaili

seolah-olah baru lepas menangis itu, segera membuka Athirah membuka pintu bilik Suhaili,

" Sue, kenapa dengan kau nie?" soal Athirah sebaik sahaja mendapatkan Suhaili  di atas katilnya,

" Ira, mak dengan abah aku, sudah tahu tentang perkhawinan Khai" ujur Suhaili yang seraya memeluk

tubuh sahabat baiknya sejak dari kecil lagi, " macam mana mak dan abah kau boleh mendapat tahu

tentang perkara ini, sedangkan kau tidak bagitahu mereka lagikan " bertubi-tubi soalan Athirah kepada

Suhaili, " keluarga Khai datang putuskan pertunangan kami semalam " ujur Suhaili dengan tangisan yang kuat,

" Sue, kau bawalah bersabar yew, mungkin ada hikmah disebalik kejadian  ini, "

" betul cakap kau Ira, aku kena banyak bersabar dengan semua ini.

" dah kau nak masuk office tak?" soal Athirah melihat Suhaili masih belum mandi itu,

" aku malas hendak masuk office, malas hendak aku berhadapan dengan En Zakri yang sombong itu"

" kau jangan Sue bencikan dia, entah-entah nanti satu hari dia menjadi suami kau baru tahu"

" issh kau nie Ira, kalau ya pun nak carikan aku jodoh, carilah lelaki yang baik sikit , takkan lelaki

macam ini hendak menjadi suami aku" ujur Suhaili geram,

" hehehe" gelak Atihrah mengenangkan sahabatnya ini benar- benar membenci En Zakri.



Suasana di Syarikat  Seraya Industries

" selamat pagi, Sue mana Ira?" soal En Zakri apabila melihat Suhaili tidak ada ditempat duduknya itu

" Sue ambil EL, En Zakri" ujur Athirah,  " dia sakit ke?" soal En Zakri cemas, bagi dirinya satu hari tidak

mendengar suara Suhaili terasa kosong dirinya itu, " hai En Zakri rindu pada Suhaili " usik Atirah ,

" tak adalah saya rasa pelik je, kenapa dia tidak datang kerja hari ini, selalunya dia mesti datang kerja,

dia ada apa-apa masalah ke?" soal En Zakri bertalu-talu, " itu En Zakri kena bertanya sendiri

pada tuan empunya badan" hahaha gelak Athitrah seraya meninggalkan En Zakri yang kebinguan

ketika itu, isshh minah ini, nak suruh aku tanya Suhaili sendiri , tak kuasa aku dengan minah yang berlagak

pandai itu, bisik hati En Zakri sendiri, tapi dari sudut hatinya merindui suara Suhaili itu.

" hai Zakri, jauh kau termenenung, ingat awek ke?" tegur Fahmi apabila melihat sahabat baiknya itu

" Kau nie, Fahmi tak habis-habis dengan awek, aku mana ada awek" sangkal  Zakri,

" dah yang kau jauh termenenung meja Suhaili itu kenapa"ujur Fahmi seraya melihat Zakri melihat meja

yang tiada tuan empunya badan ,  " eh mana ada " ujur Zakri kembali,   " jom pergi lunch perut aku

sudah berbunyi lagu negaraku " ujur Fahmi , " kau tak habis-habis makan-makan" ujur Zakri sambil

mengeleng kepala,  " yang kau geleng kepala nie kenapa Zakri, aku betul laparlah" ujur Fahmi yang seraya

keluar dari bilik yang malas hendak melayan kerenah sahabat baiknya itu, " Fahmi !!!" jerit Zakri dari

luar biliknya itu , dia tahu jika Fahmi lapar , dia mesti kena makan , kalau tidak mulalah penyakit

gastrik menyerangnya pasti berminggu -minggu dia tidak dapat bangun dari katilnya,

" kenapa kau kejar aku" ujur Fahmi geram , bila melihat Zakri yang termengah-megah berlari

mendapatkannya itu, " kau nie  Fahmi macam perempuanlah cepat sangat merajuk",

" sudah kau macam tak tahu aku ini macam mana" ujur Fahmi geram,

" relaxs la bro, aku gurau je tadi" pujuk Zakri .

"Kak Jah ! nasi goreng kampung dengan Teh O Suam 1" order Fahmi yang malas hendak melayan Zakri,

"ha Zakri kau tak nak order makan ke? " soal Kak Jah yang melihat Zakri tercungap-cungap,

" hishh Kak Jah ini kalau ya pun bagilah saya duduk dulu " ujur Zakri geram

" yelah Zakri, kamu sudah duduk , nak order apa tak, Kak Jah sorang  je hari nie " kata Kak Jah

" Mee goreng dengan Kopi O , mana pekerja Kak Jah" soal Zakri hairan

" cuti bersalin" jawab Kak Jah ringkas.


Suhaili terasa bosan bersendirian dirumah, tidak tahu apa yang hendak di buatnya hati rasa sedih

sangat apabila mendapat tahu mak dan abahnya sudah tahu perkara sebenar, dia tahu mak dan abahnya

terlalu menyanyangi Khairul bekas tunangnya itu , seorang lelaki yang budiman , tapi entahlah kenapa

tiba-tiba sahaja Khairul berubah perangai , masih Suhaili ingat kejadian empat bulan yang lepas tiba-tiba

sahaja Khairul memarahi dirinya tanpa usul periksa, sedangkan selama ini khairul tidak seperti itu. Tapi

kejadian dua minggu lepas benar-benar mengejutkan dia dari mimpi yang panjang, sungguh dia tidak

sangka kehilangan Khairul selama dua bulan mengkabarkan berita perkahwinan Khairul dengan wanita

lain di Thailand , masih Suhaili ingat bagaimana dengan angkuhnya Khairul mengenalkan Isterinya itu,

" Sue ini isteri Khai, nama dia Zahnita, kami berkahwin dekat Thailand dua bulan lepas" tutur Khairul

" sampai hati Khai buat Sue macam ini , sedangkan Sue ini tunang khai " ujur Suhaili sebak,

" Abang!! sapa perempuan ini?, siap mengaku dia tunang abang lagi" soal Zahnita dengan sombong,

" dulu dia tunang abang tapi sekarang sayang sahaja yang abang sayang" ujur Khairul yang mencium

pipi gebu Zahnita itu , terasa sakit melihat kejadian itu lantas Suhaili menguncap Tahniah atas perkahwinan

Khairul dengan Zahnita itu, terasa hatinya melihat kemersaan mereka itu, dulu Khairul yang dikenali

seorang yang amat menjaga tingkah lakunya di hadapan orang awam , tapi kini Khairul sudah banyak

berubah. Bohonglah kalau dia tidak merindui bekas tunangnya itu , tapi sayangnya dia pun tahu kenapa

secara mendadak sahaja Khairul boleh berubah rentak . Kini dia bukan lagi tunang sesiapa- sesiapa ,

terasa sunyi tanpa teman disisi dia kini.

        sambungan ...















No comments: