Friday 23 December 2011

Dia Jodohku (BAB 5)

Dari Jauh Fakhrul memerhati gelagak sepasang kekasih ini , dia tidak menduga bahawa Zahnita

sanggup mencurangi sahabat baiknya itu , pada awal perkahwinan mereka lagi Fakhrul dapat

merasakan bahawa Zahnita itu bukanlah wanita yang baik. Namun kalau dia memberitahu Khairul

tentang kecurangan Zahnita , pasti Khairul mengatakan dia sengaja buat cerita  , namun demi sahabatnya

Fakhrul tidak ingin melihat sahabatnya itu di tipu oleh perempuan. Dia pelik mengapa tiba-tiba Khairul

berkahwin dengan Zahnita di sempadan Thailand  , sedangkan Khairul sudah pun mempunyai

tunang bernama Suhaili . Fakhrul tertanya kenapa Khairul sanggup meninggalkan tunangnya itu ,

sedangkan mereka berdua pasangan yang sejati ,  siapa tidak kenal pada pasangan ini.

Namun entah kenapa sahaja Khairul berubah perangai setelah mengetahuai kisah silam

Suhaili yang pernah di rogol oleh bapak saudaranya itu , Namun bagi Fakhrul bukan itu

alasan untuk Khairul meninggal Suhaili. Hanya setahun setengah mereka menyulam kasih , akhirnya

ibu dan ayah Khairul meminang Suhaili untuk di jadikan menantu . Seluruh ahli keluarga Khairul

tahu keadaan sebenar Suhaili , namun Mak Iti  iaitu mak kepada Khairul tidak pernah kisah

siapa Suhaili yang sebenarnya , kerana  bagi Mak Iti  Suhaili adalah gadis yang amat sempurna

dimatanya itu dan seluruh ahli keluarganya itu. Fakhrul hanya mampu mengeleng kepalanya sahaja

sudah puas dia menasihati Khairul itu , namun semua itu tidak di ambil peduli oleh Khairul .

Tidak lama kemudian Najmi abang kepada Khairul muncul dari arah belakang Fakhrul ,

" ehh along , buat apa dekat sini " ujur Fakhrul yang amat mesra memanggil Najmi dengan

 nama panggilan along itu ,

"  jumpa kakak  long , dia ada meeting kat area sini , kamu buat kat sini ?" soal

 Najmi kembali, apatah lagi dia dapat melihat Fakhrul mengintai seseorang,

tanpa sembunyi apa -apa dari pengetahuan Najmi, Fakhrul menceritakan segala-galanya

tentang perangai Zahnita kepada Najmi , Najmi hanya mampu mengegeleng kepalanya

sahaja , sejak mula-mula mereka sekeluarga mendapat tahu Khairul berkahwin dengan Zahnita

di sempadan Thailand , Najmi sudah merasakan bahawa Zahnita itu bukanlah gadis yang baik

" along sudah agak dah , bahawa Zahnita itu bukanlah gadis yang baik " ujur Najmi geram,

" betul itu along , Fakhrul sudah bagitahu dengan Khairul tentang perangai  sebenar Zahnita,

namun ada ke patot Khairul kata Fakhrul buat fitnah ke atas isterinya itu.

"masyaallah , kenapalah dengan Khairul ini , sanggup dia cakpa dekat kamu sebegitu , sedangkan

kamu berdua berkawan baik sejak kecil lagi " kata Najmi dengan panjang lebar.

" entahlah along , Fakhrul pun tak tahu lah. Fakhrul sayangkan persahabatan kami yang telah

hampir 20 tahun hubungan kami , kerana perempuan itu hubungan kami seolah-ola

semakin retak sahaja !" ujur Fakhrul geram.

" kamu bawa bersabarlah Fakhrul , mungkin satu masa nanti Tuhan akan tunjukkan  kebenaran

siapa Zahnita yang sebenar kepada Khairul " ujur Najmi

"mudah-mudahan along ," , " along itu kakak long " ujur Fakhrul yang ternampak kelibat  Nuri

yang keluar dari pejabat Yayasan itu . Nuri dengan pantas berjalan mendapatkan  suaminya Najmi

yang telah menunggunya di luar sana ,

" asslamulaikum " ujur Nuri Fadzliyana

" walaikumusalam " ujur Najmi dan Fakhrul serentak

" lama ke abang tunggu Nuri " , " Fakhrul pun ada kat sini"

" abang baru je sampai , Fakhrul ada bagitahu dekat abang , dia

ada nampak isteri Khai dengan lelaki lain " ujur Najmi,

" oowh si Zahnita itu ke bang " , " dia kan bohsia " ujur Nuri Fadzliyana

" mmm mana kakak Nuri tahu ini " ujur Fakhrul yang mendiamkan

diri itu tiba-tiba sahaja menyampuk itu , Najmi yang berada di situ juga terkejut dengan

kata-kata yang dilepaskan oleh isterinya itu. Nuri tahu suaminya dan Fakhrul

seolah-olah terkejut apa yang di katakan itu, hati dia geram melihat

kemersaan Zahnita dengan lelaki lain di hadapannya itu , namun menurut seorang

sumber yang amat di kenali , bahawa dulu Zahnita adalah bohsia , namun

ramai pelanggang Zahnita yang tidak tahu bahawa Zahnita telah pun bergelar isteri

orang , cuma yang rapat dengan dirinya sahaja tahu siapa Zahnita itu . Najmi dan Fakhrul

amat terkejut dengan kata-kata yang dilafazkan oleh Nuri Fadzliyana, Nuri tahu suami

dan kawan baik adik iparnya terfikir-fikir apa yang dikatakan olehnya itu .

bersambung

















No comments: